Isu Kambing Import Bercampur Babi

Assalamualaikum & Salam Cinta!

          Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana masih memberi pelbagai nikmat untuk kita semua kecapi. Syawal sudah pun berlalu, kini kita menunggu pula hari raya Eidul Adha atau umat Melayu panggil hari raya korban@haji. Bermula minggu lepas, ramai jemaah haji sudah pun terbang ke Madinah bagi menjalankan haji Tamattuk. Alhamdulillah, tahun ini ayahanda dan bonda Tokwan juga dijemput menjadi tetamu Allah swt tetapi penerbangan mereka terus ke Jeddah dan akan menjalankan haji Ifrad. Insya-Allah! Mudah-mudahan semua jemaah haji tahun ini beroleh haji yang mabrurah. Aameen Ya Rabb.

          Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu kambing import bercampur babi. Alhamdulillah, Tokwan juga terkena tempias ini kerana ada beberapa pelanggan yang mesej bertanya akan hal ini. Sebagai langkah menjaga kesucian umat Islam, maka Tokwan memilih untuk mengambil kambing bebiri tempatan yang diternak oleh usahawan tani Malaysia. Walaupun harga mahal sedikit tetapi ia lebih terjamin. Tokwan juga seperti kalian kerana amat sensitif berkenaan isu halal dan haram dalam bab makanan. Justeru, Tokwan mengambil langkah berhati-hati dalam hal ini.

          Tokwan menyeru diluar sana agar terus menyokong dan membeli barangan keluaran usahawan umat Islam. Mudah-mudahan dengan sokongan kalian ekonomi umat Islan terus terjana. Soal halal dan haram dalam isu makanan mesti diambil peduli bermula daripada pendapatan/gaji kita untuk membeli makanan tersebut. Insya-Allah dengan asbab makanan yang halal dan bersih kita telah berusaha menyelamatkan generasi yang akan datang. Makanan yang kita makan akan membentuk peribadi seseorang.

Ikhlas,
Tokwan ☺


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...