Selamat Datang Bulan Rejab 1438H

Assalamualaikum & Salam Mahabbah.

Pa habaq semua? Alhamdulillah mudah-mudahan semua sihat belaka. Tokwan agak sibuk sikit seminggu dua ni. Ni Tokwan nak tanya, sapa kata bisnes itu mudah? Sebenarnya bukan semudah dicakap ya. Umpama wajah itik di tengah tasik, muka nampak cool ja tapi kaki itik dok kuat mengayuh di bawah nun. Pernah tengok ka? So, apa jua rintangan mendatang tetap kita harungi sampai ke akhir hayat. Perjuangan tetap diteruskan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Kita berjuangan bukan mahu kaut kekayaan dunia tetapi mahu mencari redha Allah swt disebalik kekayaan tersebut.

Oklah, sedar tak sedar dah masuk 7 Rejab dah hari ni. Kurang 2 bulan lagi kita bakal bertemu Ramadhan dan berpuasa. Para peniaga/usahawan sudah tentu membuat pelbagai persiapan untuk menghadapi Ramadahan kali ini. "Huh! Apa la hangpa ni sibuk dok pikiaq tambah duit. Bulan posa buat la amal ibadah, ni dak dok kalut cari duit". Itulah sebahagian daripada kata-kata sindiran yang usahawan perlu telan. Tokwan sebagai orang tua, tak mau nak ulas panjang berkenaan amal ibadah ni tapi yang pasti kita semua kena pakat-pakat faham dulu istilah "Apa itu amal ibadah". Senyum tau.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang pelbagai nikmat untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Ada orang yang tahu bersyukur dan ada orang yang tak tahu bersyukur. Zaman kini adalah jaman edan, semua perkara mahu di viral kan. Ada segelintir masyarakat suka membuat fitnah, mengsensasikan berita-berita yang tidak elok. Suka mencaci maki. Sudah-sudahlah kawan, apakah perjalanan hidup kita hanya mahu dihiasi hasad dengki, caci maki dan pelbagai lagi perkara yang tidak baik. Dah berjangggut berbulu ni, pakat pikiaq sama-sama la no.


Baiklah, sempena bulan Rejab tahun ini, mari kita muhasabah bersama sebelum memasuki bulan Ramadhan nanti. Kita sama-sama perbaiki akhlak. Mudah-mudahan kita disenangi oleh manusia sejagat. Insya-Allah. Perghhh.. Tokwan dah jadi motivator pulak dah. Hahaha.. Takdak pa eh, Tokwan nak mengingatkan sesama kita ja. Tokwan pun macam hangpa jugak. Kadang-kadang mulut celupaq, capoi semua ada tapi kita cepat-cepat istighfar la. Mudah-mudahan Allah swt mengampuni dosa kita.

"Ingat! Dosa itu kesengsaran & Pahala itu ketenangan".


Ikhlas,
Tokwan


Nak order kambing perap ---> KLIK SINI <---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...