Yeayyyyyyy... Tokwan Datang Kembali 2020

Assalamualaikum & Salam Cinta 😍

Alhamdulillah, kita bertemu lagi tahun ini. Ya Allah, Allahu Akbar! Betapa rindunya Tokwan kat hangpa semua. Tokwan taktau nak habaq lagu mana yang Tokwan ni rindu sungguh dekat hangpa. Tokwan menyepi bukan ada sakit apa pun cuma Tokwan berehat panjang sebab duk menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat. Biasala kita dah berumuq ni... Hihi


Musim PKP baru ni memang memberi pengajaran buat kita semua. Alhamdulillah, Tokwan rasa lega la juga sebab boleh berehat duduk dirumah tanpa perlu ke hulu dan ke hilir terkejar-kejar dunia sepanjang tempoh PKP tu. Sebenaqnya tengah duk taip ni Tokwan duk rasa syok lagi sebab dapat menulis dekat laman blog Tokwan yang berhabuk dah ni. Uishhh tak sangka nooo kita dapat bertemu lagi di alam maya ni. Alhamdulillah.


Selama Tokwan menyepi memang ghamai duk wasap Tokwan tanya pasai kambing perap Tokwan. Rupanya depa masih duk cari lagi. Majoriti pelanggan lama Tokwan la yang duk kerap wasap Tokwan tanya pasai kambing perap. Ada yang Melayu, India dan Cina. Tudiaaaaa depa sakan nooo belasah kambing. Tokwan tengok la ni punya la ghamai orang duk juai kambing perap. macam-macam jenama duk adaa. Alhamdulillah, baguih la tu. Tokwan pun seronok tengok. Subhanallah!


Ok lah Tokwan nak bagai tau ni, la ni Tokwan dah menetap di Tanjong Malim, Perak. Alaaa dekat ja pun dengan Shah Alam/KL. Tokwan memang masih duk juai ayam perap dan kambing perap. Cuma la ni ada pertambahan produk. La ni Tokwan ada duk buat pes perap, rempah perap dan sos candoo. 


Alhamdulillah, semua ni dengan izin Allah swt. Tokwan ni insan biasa ja yang masih ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Ok lah dah azan maghrib ni. Kita jumpa lagi noo...


Sayangggggg semua 😘


Ikhlas,

Tokwan Kambing
08/07/2020

Selamat Datang Tahun 2019

Assalamualaikum & Salam Cinta!

Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru masehi. Hari ini bertarikh 01.01.2019, masing-masing mesti mempunyai azam tersendiri. Tokwan doakan azam kalian mudah tercapai dengan jayanya pada tahun ini. In shaa Allah. Tokwan juga sebegitu jua tetapi azam Tokwan kali ini lebih kepada nak perbaiki akhlak dan amal kebajikan sahaja. Tokwan makin tua maka kematian makin dekat. Kena beringat selalu lah 😃

Dengar khabar tahun ini adalah tahun yang lebih mencabar dari sudut ekonomi. Betoi ka? Apa pun kita tetap kena harungi hidup selagi mana kita hidup. Usah terlalu takut dengan soal rezeki kerana setiap daripada kita rezekinya telah dijamin oleh Allah swt samada kita muslim atau non muslim. Bersyukurlah!

Tahun ini juga Tokwan akan lancarkan produk baru yang telah Tokwan buat R&D sendiri hampir 2 tahun lebih. Nantikan kemunculan produk baru Tokwan  nanti. Hehe! Tokwan dah bagi tester kepada 66 individu bertuah untuk merasai produk terbaru Tokwan. Alhamdulillah, hampir 82% memberikan feedback amat baik. Bukan mudah tau Tokwan nak buat semua ni, semuanya perlukan pengorbanan daripada segala sudut. Apa yang penting niat mesti betul dan tidak menyeleweng darpada matlamat asal. In shaa Allah.

Oklah, Tokwan takmau cakap banyak, sat lagi kena gout lagi haru biru. Hangpa tau apa.. Hehe! Tokwan melawak ja no. Toksah duk ambik hati sangat la. Sat lagi depa kata cepat tua. Huduh ngat aih. Akhir kata untuk awal tahun ini, Tokwan mahukan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia termasuk diri Tokwan.

Bersyukurlah!

Ikhlas,

Tokwan Kambing

Tahun 2018 bakal berakhir dan 2019 bakal menyusul

Assalamualaikum & Salam Maulidur Rasul.

Alhamdulillah, setelah lama Tokwan tidak kemaskini blog ini. Bisnes Tokwan beroperasi seperti biasa. Hangpa semua lagu mana dah? Pakat sihat belaka ka? Tokwan doakan kalian sentiasa dinaungi rahmat Allah swt. Tup..tup..tup dah nak habih tahun dah. Tokwan pun makin lama makin tua tapi tetap steady boh. Hehehe..

Azam dan cita-cita hangpa tahun ni macam mana? Semua pakat archive ka atau kelaut ja. Apa jua badai melanda, usaha mesti
 diteruskan. Usah mudah berputus asa kerana kejayaan setiap individu adalah berbeza-beza. Kita mesti saling kasih mengasihi sesama umat. Usah biarkan hidup dibelenggu dengan permusuhan kelak rugi yang mendapat.

Tokwan agak sibuk sikit tahun ni sampai nak kemaskini blog pun tak dan nak mengadap. Biasa la vvip macam Tokwan merata cerok merantau. Masih ramai pelanggan Tokwan yang baru dan lama rindukan kambing perap hasilan Tokwan. Hangpa mana tau, Tokwan la ni duk upgrade ilmu dan resepi baru supaya semua peringkat umuq boleh rasa produk Tokwan.

Tahun depan, ada resepi lagi best. Hangpa toksan duk kalut la. Ini power punya resepi. Berbulan Tokwan duk testing resepi baru. Semoga pelanggan Tokwan sentiasa ditambah nikmat rezeki. Tokwan juga doakan sesiapa yang makan setiap jenis produk Tokwan, akan diberi kesihatan yang baik. Jangan makan terlebih sudahlah.


Akhir kata, Tokwan menghormati semua pandangan pelanggan Tokwan walapun berbeza kaum. Hangpa jangan duk buat main. Pelanggan Tokwan pun terdiri daripada kaum Melayu, Cina & India. Tokwan sayang semua. I love u all. Maafkan Tokwan 😍😍😍

Ikhlas,
Tokwan Kambing

Pilihan Raya Ke-14

Assalamualaikum & Salam Hormat!

Alhamdulillah, semoga seluruh warganegara Malaysia berada dalam situasi harmoni walaupun bahang pilihanraya ke-14 semakin panas membahang. Tokwan berharap kita sebagai pengundi bertindak profesional dan tidak terlalu fanatik kepada mana-mana parti atau calon sehingga menimbulkan pergaduhan dan persengketaan sesama kita.

Kepada mereka yang balik mengundi di kampung halaman mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Melaysia. Pilihlah pemimpin yang berintegriti tinggi dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab yang dberi. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman dan makmur serta dipandang tinggi seantaro dunia.

Sehubungan itu, Tokwan ingin memaklumkan bahawa Pihak HQ akan mula bercuti pada 8 Mei 2018 hingga 10 Mei 2018 bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mereka termasuk diri Tokwan. Kami akan beroperasi kembali seperti biasa pada 11 Mei 2018.

"SELAMAT MENGUNDI"


Sekian, Terima kasih

Ikhlas,
Tokwan

Lamb vs Mutton vs Chevon vs Cabrito

TAHUKAH ANDA?

Alhamdulillah, Tokwan telah mendapat curahan ilmu berkaitan kambing secara terus daripada penternak kambing dan biri-biri. Justeru Tokwan amat berbesar hati mahu berkongsi ilmu dengan anda. Umumnya masyarakat kita telah terbiasa menggunakan perkataan kambing bagi semua jenis kambing. Sebenarnya kelompok kambing ini ada namanya tersendiri mengikut istilah yang diberikan.

Lamb bermaksud bebiri atau biri-biri muda. Mutton pula adalah bebiri atau biri-biri tua. Hampir 90% penggunaan Lamb dan Mutton di Malaysia. Daging lamb lebih lembut dan berjuicy berbanding Mutton. Kebiasaannya pengusaha "Kambing" golek atau perap selalu menggunakan Lamb dan Mutton. Daging Mutton lebih liat sedikit seumpama seperti daging "ayam pencen".

Sepanjang Tokwan berniaga, Tokwan selalu menerima tempahan perapan Mutton daripada segelintir kaum India. Mereka lebih gemar kepada daging Mutton berbanding Lamb. Kaum Melayu dan Cina pula masih suka kepada daging Lamb. Sebenarnya Lamb mempunyai kompenan lemak yang membuatkan ia menjadi sedap dan berjuicy.

Chevon tu apa pula? Chevon tu adalah kambing. Perkataan kambing inilah yang selalu digunapakai oleh majoriti masyarakat kita. Cabrito pula adalah daripada perkataan Portugal iaitu merujuk kepada baby kambing atau kambing muda. Kebanyakan orang-orang kampung khususnya di Malaysia banyak menternak kambing berbanding biri-biri. Ye ke?

Apa masalahnya jika makan Lamb atau Mutton atau Chevon atau Cabrito? Masalah adalah terletak kepada individu itu tersebut. Bila kita berilmu maka kita tidak mudah tertipu. Faham? Senyum dan tenang ya. Apa jua pun Tokwan masih lagi menjual Lamb Marinade. Baiklah, jika tokwan ada tersalah maklumat sila betulkan ya.

Ikhlas,
Tokwan
24.01.2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...