Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum & Salam Cinta!

Alhamdulillah. Huaaaaaaaa... Sebulan jugak Tokwan tak update blog ni. Apa habaq semua oghang kampong? Harap semua sihat la no. Tokwan sihat ja, cuma baru ni ja sakit sikit. Biasa la umuq dah lanjut ni mesti ada sikit sebanyak penyakit dok mai. Takpa janji hangpa sihat dok elok-elok sudah. hehe. Rasanya tak berapa hari lagi cuti ghaya cina. Amboi depa kompom balik kampong sakan cuti ni. Balik tu elok-elok la, bawak gheta toksah dok kalut sangat. Pelan-pelan kayuh tau! :) (Tak paham takpa mai belajaq loghat utara dengan Tokwan. Hehehe)

Ishhh.. Masa cukup pantas meninggalkan kita. Sedar-sedar dah nak masuk bulan Februari. Sikit hari lagi puasa lepas tu raya lepas tu merdeka lepas tu krismas lepas tu hujung tahun lepas tu.... bla...bla... Apa yang Tokwan dok bebel ni. Sebenarnya Tokwan selalu duk perhati kitaran tahunan hidup kita ni. Semakin hari semakin bertambah umur kita dan semakin dekat kita dengan kematian. Dalam kita bersuka-ria usah dilupa perjalanan hidup ini ya.

Tokwan nak bagitau ni, cuti raya cina ni Tokwan mula bercuti pada 24/01/17 -  07/02/17. Tokwan mula beroperasi kembali pada 08/02/17. Insya-Allah. Tokwan tau masih ramai yang nak rasa kambing perap dan ayam perap Tokwan ni. Biasa la benda sedap mesti la ramai yang suka. Sedap ke? Errrr sedap ni bersifat subjektif, so Tokwan pun tak tau nak sedap tu lagu mana. Lagu tu kot. Hahaha. Amboi melawak pun tak boleh, awat garang sangat ni. Senyum sikit. :)

Akhir kata Tokwan mahu beri sedikit ucapan dan nasihat. Selamat Bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung halaman pastikan pandu kereta dengan cermat supaya sampai lebih selamat. Bercuti tu tak usahlah terlalu seronok sehingga lupa batas-batas syariat Islam. Jadilah kita mukmin yang sejati, bukan sekadar dibibir tetapi terus berdesup masuk ke hati. Yeahhhh.. 


Ikhlas,
Tokwan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...