Mood Raya Eid ul Fitri Masih Dirasai..

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt kerana kita dapat meraikan hari lebaran tahun ini dengan sempurna. Kita simpati dengan nasib saudara seagama dan seakidah dengan kita yang berdepan dengan pelbagai ancaman diluar sana. Mudah-mudahan Allah swt memberi kemenangan mutlak kepada umat Islam yang benar imannya serta bertaqwa.

Tokwan juga gembira melihat menyambut hari raya tahun ini kerana dapat berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara. Bukan mudah untuk berkumpul bersama pada hari-hari biasa kecuali hari perayaan sahaja itu pun bergantung kepada keadaan semasa. Apa jua kita wajib bersyukur dengan setiap pemberiaan daripada Allah swt.

Hari raya masih lagi berlangsung dan banyak jamuan rumah terbuka diadakan seluruh Malaysia bagi meraikan sahabat handai rakan dan taulan. Kita bermaaf-maafan serta melupai sengketa lama agar hati nurani terpelihara daripada sebarang bentuk zulmat yang akan bersarang di qalbu. Bergembirah di hari raya ini dengan batas-batas syariat agar mendapat keberkatanNya.

Tokwan juga ingin mengucapkan syabas kepada mereka yang masih "berpuasa enam". Mudah-mudahan diterima amalan kita semua. Tokwan mohon ampun dan maaf daripada keseluruhan zahir dan batin. 

Selamat Hari Raya Eid ul Fitr

Ikhlas,

Tokwan
9 Syawal 1437H
Abu Dhabi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...